FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

FALSAFAH SEKOLAH

MENJANA

potensi individu yang menyeluruh dan bersepadu ke arah perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani yang unggul.


MENYEDIAKAN

prasarana pembelajaran yang kondusif dan kemahiran profesional yang ilmiah dan berkualiti.


MEREALISASIKAN

wawasan pendidikan sempurna yang dapat melahirkan insan yang seimbang untuk Agama, Bangsa dan Negara.

PIAGAM PELANGGAN

Bahawa kami warga SK Leftenan Adnan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :-

1. Melahirkan murid yang cemerlang dari segi jiwa, minda dan sahsiah diri dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

2. Mewujudkan budaya sepakat dalam usaha mencapai kecemerlangan.

3. Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

4. Menyemai minat murid dalam pembelajaran ICT seiring dengan perkembangan informasi terkini.

5. Menyemai rasa cinta akan warga dan pesekitaran sekolah.

PELAN SK LEFTENAN ADNAN

PELAN SK LEFTENAN ADNAN
No posts.
No posts.